Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تقاتلُ الناكثينَ، والقاسطينَ، والمارقينِ: بالطرقاتِ، والنهرواناتِ، وبالشعَفاتِ. قال أبو أيوب: قلت: يا رسول الله! مع من نقاتل هؤلاء الأقوام؟ قال: مع علي بن أبي طالب.
Teks Bahasa Melayu
Kamu akan memerangi orang-orang yang melanggar, orang-orang yang zalim, dan orang-orang yang keluar daripada agama di jalan-jalan dan sungai-sungai juga puncak-puncak bukit. Abu Ayyub berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bersama siapakah kami akan memerangi kaum-kaum tersebut? Baginda bersabda: Bersama 'Ali bin Abi Talib.
Sahabat Perawi
- ِAbu Ayyub al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1344, hadis no. 6868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
( موضوع بهذا التمام) عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه، قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول لعلي بن أبي طالب: تقاتل الناكثين، والقاسطين، والمارقين: بالطرقات، والنهروانات، وبالشعفات. قال أبو أيوب: قلت: يا رسول الله! مع من نقاتل هؤلاء الأقوام؟ قال: مع علي بن أبي طالب. [ك، ((الضعيفة)) (4907)]
(Palsu dengan lafaz lengkap ini) Daripada Abi Ayyub al-Ansari RA telah berkata: Aku pernah mendengar Nabi SAW berkata kepada 'Ali bin Abi Talib: Kamu akan memerangi orang-orang yang melanggar, orang-orang yang zalim, dan orang-orang yang keluar daripada agama di jalan-jalan dan sungai-sungai juga puncak-puncak bukit. Abu Ayyub berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Bersama siapakah kami akan memerangi kaum-kaum tersebut? Baginda bersabda: Bersama 'Ali bin Abi Talib. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4907]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman