Membujang adalah halal pada akhir zaman

TEKS BAHASA ARAB

يأتي على الناس زمان لا يسلم لذي دين دينه إلا من فر به من شاهق إلى شاهق، أو من حجر إلى حجر؛ كالثعلب بأشباله، قالوا: متى يكون ذلك؟ قال: في آخر الزمان؛ إذا لم تنل المعيشة إلا بمعصية الله، فإذا كان كذلك حلت العزبة. قالوا: أنت تأمرنا بالتزويج؛ فكيف تحل العزبة؟ قال: يكون في ذلك الزمان هلاك الرجل على يدي أبويه؛ إن كان له أبوان، فإن لم يكن له أبوان فعلى يدي زوجته وولده، فإن لم يكن زوجة ولا ولد، فعلى يدي الأقارب والجيران؛ يعيرونه بضيق المعيشة، حتى يورد نفسه الموارد التي يهلك فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia satu zaman yang mana agama tidak menyelamatkan orang beragama, melainkan orang yang lari daripada agamanya dari satu tempat tinggi ke tempat tinggi yang lain, atau dari satu lubang ke lubang yang lain seperti serigala bersama gerombolannya. Mereka bertanya: Bilakah akan berlaku hal sedemikian? Baginda menjawab: Pada akhir zaman, apabila kehidupan tidak akan diperolehi melainkan dengan maksiat kepada Allah. Apabila hal itu berlaku, maka membujang adalah halal. Mereka bertanya: Anda menyuruh kami supaya berkahwin lalu bagaimana anda mengatakan membujang itu halal? Baginda bersabda: Akan berlaku pada zaman tersebut kemusnahan lelaki atas usaha kedua ibubapanya jika dia mempunyai kedua ibubapa. Jika dia tidak mempunyai kedua ibubapa, maka kemusnahan atas usaha isteri dan anaknya. Jika dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kemusnahan atas usaha kaum kerabat dan jirannya. Mereka memalukannya kerana kesempitan kehidupannya hingga dia membawa dirinya ke tempat-tempat yang dia binasa padanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330, hadis nombor 6792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يأتي على الناس زمان لا يسلم لذي دين دينه إلا من فر به من شاهق إلى شاهق، أو من حجر إلى حجر؛ كالثعلب بأشباله، قالوا: متى يكون ذلك؟ قال: في آخر الزمان؛ إذا لم تنل المعيشة إلا بمعصية الله، فإذا كان كذلك حلت العزبة. قالوا: أنت تأمرنا بالتزويج؛ فكيف تحل العزبة؟ قال: يكون في ذلك الزمان هلاك الرجل على يدي أبويه؛ إن كان له أبوان، فإن لم يكن له أبوان فعلى يدي زوجته وولده، فإن لم يكن زوجة ولا ولد، فعلى يدي الأقارب والجيران؛ يعيرونه بضيق المعيشة، حتى يورد نفسه الموارد التي يهلك فيها.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3270)]

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang kepada manusia satu zaman yang mana agama tidak menyelamatkan orang beragama, melainkan orang yang lari daripada agamanya dari satu tempat tinggi ke tempat tinggi yang lain, atau dari satu lubang ke lubang yang lain seperti serigala bersama gerombolannya. Mereka bertanya: Bilakah akan berlaku hal sedemikian? Baginda menjawab: Pada akhir zaman, apabila kehidupan tidak akan diperolehi melainkan dengan maksiat kepada Allah. Apabila hal itu berlaku, maka membujang adalah halal. Mereka bertanya: Anda menyuruh kami supaya berkahwin lalu bagaimana anda mengatakan membujang itu halal? Baginda bersabda: Akan berlaku pada zaman tersebut kemusnahan lelaki atas usaha kedua ibubapanya jika dia mempunyai kedua ibubapa. Jika dia tidak mempunyai kedua ibubapa, maka kemusnahan atas usaha isteri dan anaknya. Jika dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kemusnahan atas usaha kaum kerabat dan jirannya. Mereka memalukannya kerana kesempitan kehidupannya hingga dia membawa dirinya ke tempat-tempat yang dia binasa padanya.
[Riwayat al-Rafi’ei. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3270]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs