Membuang air kecil di tempat yang bertanah lembut

TEKS BAHASA ARAB

إذا أراد أحدكم أن يبول فليرتد لبوله موضعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu hendak membuang air kecil, maka hendaklah dia mencari tempat yang bertanah lembut untuk kencing padanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199 – 1200, hadis nombor 6089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن شيخ قال: لما قدم عبد الله بن عباس البصرة فكان يحدث عن أبي موسى، فكتب عبد الله إلى أبي موسى يسأله عن أشياء، فكتب إليه أبو موسى: أني كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم فأراد أن يبول، فأتى دمثا في أصل جدار، فبال، ثم قال صلى الله عليه وسلم: إذا أراد أحدكم أن يبول فليرتد لبوله موضعا.
[د، الطياليسي، ك، هق، ((الضعيفة)) (2320)]

(Lemah)
Daripada seorang sheikh, katanya: Ketika ‘Abdullah bin ‘Abbas datang ke Basrah, beliau selalu meriwayatkan hadis daripada Abi Musa. ‘Abdullah pernah menulis surat kepada Abi Musa bertanya beliau berkenaan beberapa perkara, beliau menulis kepada Abi Musa: Suatu hari aku pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda ingin membuang air kecil, baginda pun pergi ke tempat yang bertanah lembut di hujung dinding, lalu baginda membuang air kecil. Kemudian aginda bersabda: Apabila seseorang kamu hendak membuang air kecil, maka hendaklah dia mencari tempat yang bertanah lembut untuk kencing padanya.
[Riwayat Abu Dawud, al-Tayalisi, al-Hakim dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2320]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs