Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أراد أحدُكم أن يَبُولَ فَلْيَرْتَدْ لبولِه مَوْضِعًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang kamu hendak membuang air kecil, maka hendaklah dia mencari tempat yang bertanah lembut untuk kencing padanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199 - 1200, hadis no. 6089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شيخ قال: لما قدم عبد الله بن عباس البصرة فكان يحدث عن أبي موسى، فكتب عبد الله إلى أبي موسى يسأله عن أشياء، فكتب إليه أبو موسى: أني كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم فأراد أن يبول، فأتى دمثا في أصل جدار، فبال، ثم قال صلى الله عليه وسلم: إذا أراد أحدكم أن يبول فليرتد لبوله موضعا. [د، الطياليسي، ك، هق، ((الضعيفة)) (2320)]
(Lemah) Daripada seorang sheikh, katanya: Ketika 'Abdullah bin 'Abbas datang ke Basrah, beliau selalu meriwayatkan hadis daripada Abi Musa. 'Abdullah pernah menulis surat kepada Abi Musa bertanya beliau berkenaan beberapa perkara, beliau menulis kepada Abi Musa: Suatu hari aku pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda ingin membuang air kecil, baginda pun pergi ke tempat yang bertanah lembut di hujung dinding, lalu baginda membuang air kecil. Kemudian aginda bersabda: Apabila seseorang kamu hendak membuang air kecil, maka hendaklah dia mencari tempat yang bertanah lembut untuk kencing padanya. [Riwayat Abu Dawud, al-Tayalisi, al-Hakim dan al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2320]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman