Sesiapa yang selalu berulang alik ke masjid, dia akan menjumpai saudara yang akan memberinya manfaat di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أدمن الاختلاف إلى المسجد؛ أصاب أخا مستفادا في الله، وعلما مستطرفا، وكلمة تدله على الهدى، وأخرى تصرفه عن الردى، ورحمة منتظرة، ويترك الذنوب حياء أو خشية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1293, hadis nombor 6619. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسن رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من أدمن الاختلاف إلى المسجد؛ أصاب أخا مستفادا في الله، وعلما مستطرفا، وكلمة تدله على الهدى، وأخرى تصرفه عن الردى، ورحمة منتظرة، ويترك الذنوب حياء أو خشية.
[طب، عد، ابن عساكر، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (6283)].

(Palsu)
Daripada al-Hasan RA telah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang selalu berulang alik ke masjid, dia akan menjumpai saudara yang akan memberinya manfaat di jalan Allah, (dan memperolehi) ilmu yang jarang-jarang diperolehi, serta ucapan yang akan memimpinnya kepada petunjuk, dan perkara lain yang akan menghindarkannya daripada kehancuran, rahmat yang dinanti-nantikan, dan dia juga akan meninggalkan dosa-dosa kerana rasa malu atau rasa takut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir, Ibn Hibban dalam al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6283]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs