Membersihkan masjid-masjid; merupakan mahar bagi bidadari syurga

TEKS BAHASA ARAB

كنس المساجد؛ مهور الحور العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Membersihkan masjid-masjid; merupakan mahar bagi bidadari syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 294, hadis nombor 1547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعا: «كنس المساجد؛ مهور الحور العين» .
[ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (4147)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Membersihkan masjid-masjid; merupakan mahar bagi bidadari syurga.
[Riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-’Ilal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4147]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs