Memberikan suatu hadiah kepada saudaranya lebih baik berbanding kata-kata hikmah

TEKS BAHASA ARAB

ما أهدى مسلم لأخيه هدية أفضل من كلمة حكمة تزيده هدى، أو ترده عن ردى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang muslim memberikan suatu hadiah kepada saudaranya lebih baik berbanding kata-kata hikmah yang menambahkan hidayahnya atau menyelamatkannya daripada kebinasaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1275, hadis nombor 6530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما رفعه: ما أهدى مسلم لأخيه هدية أفضل من كلمة حكمة تزيده هدى، أو ترده عن ردى.
[أبو نعيم ((فيما علقه عنه الديلمي))، ابن بشران، ((الضعيفة)) (4428)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’: Tidaklah seseorang muslim memberikan suatu hadiah kepada saudaranya lebih baik berbanding kata-kata hikmah yang menambahkan hidayahnya atau menyelamatkannya daripada kebinasaan.
[Riwayat Abu Nu'aim berdasarkan riwayat yang beliau riwayatkan secara mu'allaq oleh al-Dailami dan Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs