Classification icon

Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Memberikan pinjaman kepada yang memerlukan lebih baik daripada sedeqah

Teks Bahasa Arab

حديث: القرض في عفاف خير من الصدقة .

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Memberikan pinjaman kepada yang memerlukan lebih baik daripada sedeqah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 85, hadis no. 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الديلمي في المسند عن ابن مسعود مرفوعا.

Al-Dailami meriwayatkan di dalam Musnadnya daripada Abdullah bin Mas’ud secara marfu' (disandarkan kepada Nabi).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.