TEKS BAHASA ARAB
من صنع إلى أحد من ولد عبد المطلب يدا، فلم يكافئه بها في الدنيا؛ فعلي مكافأته غدا إذا لقيني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memberikan bantuan kepada salah seorang dalam kalangan anak ‘Abd al-Muttalib lalu dia tidak diberikan balasan setimpal di dunia maka menjadi kewajibanku untuk membalasnya apabila dia bertemuku esok.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis nombor 6876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عثمان رضي الله عنه مرفوعاً: من صنع إلى أحد من ولد عبد المطلب يداً، فلم يكافئه بها في الدنيا؛ فعلي مكافأته غداً إذا لقيني.
[خط، الضياء، ((الضعيفة)) (4619)].
(Lemah)
Daripada ‘Uthman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memberikan bantuan kepada salah seorang dalam kalangan anak ‘Abd al-Muttalib lalu dia tidak diberikan balasan setimpal di dunia maka menjadi kewajibanku untuk membalasnya apabila dia bertemuku esok.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4619]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.