Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صنع إلى أحدٍ من ولدِ عبدِ المطلب يدًا، فلم يكافئْه بها في الدنيا؛ فعليَّ مكافأتُه غدًا إذا لقِيني.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberikan bantuan kepada salah seorang dalam kalangan anak 'Abd al-Muttalib lalu dia tidak diberikan balasan setimpal di dunia maka menjadi kewajibanku untuk membalasnya apabila dia bertemuku esok.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis no. 6876. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عثمان رضي الله عنه مرفوعاً: من صنع إلى أحد من ولد عبد المطلب يداً، فلم يكافئه بها في الدنيا؛ فعلي مكافأته غداً إذا لقيني. [خط، الضياء، ((الضعيفة)) (4619)].
(Lemah) Daripada 'Uthman RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memberikan bantuan kepada salah seorang dalam kalangan anak 'Abd al-Muttalib lalu dia tidak diberikan balasan setimpal di dunia maka menjadi kewajibanku untuk membalasnya apabila dia bertemuku esok. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4619]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman