Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Memberi pinjam sesuatu barang itu lebih baik daripada menyedekahkannya

Teks Bahasa Arab

قَرضُ الشيءِ خَيْرٌ مِنْ صَدَقْتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Memberi pinjam sesuatu (barang) itu lebih baik daripada menyedekahkannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 615, hadis no. 3206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((قرض الشيء خير من صدقته)). [هق، ((الضعيفة)) (4054)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Memberi pinjam sesuatu (barang) itu lebih baik daripada menyedekahkannya.)) [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4054].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.