Memberi pinjam lebih besar ganjarannya daripada bersedekah

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ليلة أسري بي مكتوبا على باب الجنة : الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku melihat pada malam di mana aku diisra’kan ada ditulis di pintu syurga: Sedekah itu adalah 10 ganda ganjarannya, berhutang pula adalah 18 kali ganda, lalu aku berkata kepada Jibril: Bagaimana berhutang itu dikira lebih baik dari sedekah? Jibril berkata: Kerana orang yang meminta, meminta dalam keadaan dia mempunyai sesuatu disisinya, manakala orang yang berhutang tidak berhutang kecuali dia mempunyai hajat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis nombor 4508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: (رأيت ليلة أسري بي مكتوبا على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة). [هـ، الشهرزوري في ((الأمالي))، عد، الربعي في ((جزء من حديثه))، ابن الجوزي في ((العلل))، هب، ((الضعيفة)) (3637)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku melihat pada malam di mana aku diisra’kan ada ditulis di pintu syurga: Sedekah itu adalah 10 ganda ganjarannya, berhutang pula adalah 18 kali ganda, lalu aku berkata kepada Jibril: Bagaimana berhutang itu dikira lebih baik dari sedekah? Jibril berkata: Kerana orang yang meminta, meminta dalam keadaan dia mempunyai sesuatu disisinya, manakala orang yang berhutang tidak berhutang kecuali dia mempunyai hajat.”
[Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Syahrazuri dalam al-Amali, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Ribie dalam Juz min Hadithih, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs