Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بي مكتوبًا على بابِ الجنةِ: الصدقةُ بعَشْرِ أمثالِها، والقَرْضُ بثمانيةَ عَشَرَ، فقلتُ لجبريلَ: ما بالُ القَرْضِ أفضلُ من الصدقةِ؟ قال: لِأَنَّ السائلَ يَسْأَلُ وعِنْدَه شيءٌ، والمُسْتَقْرِضُ لا يَسْتَقْرِضُ إلا من حاجةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku melihat pada malam di mana aku diisra’kan ada ditulis di pintu syurga: Sedekah itu adalah 10 ganda ganjarannya, berhutang pula adalah 18 kali ganda, lalu aku berkata kepada Jibril: Bagaimana berhutang itu dikira lebih baik dari sedekah? Jibril berkata: Kerana orang yang meminta, meminta dalam keadaan dia mempunyai sesuatu disisinya, manakala orang yang berhutang tidak berhutang kecuali dia mempunyai hajat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 879, hadis no. 4508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: (رأيت ليلة أسري بي مكتوبا على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة). [هـ، الشهرزوري في ((الأمالي))، عد، الربعي في ((جزء من حديثه))، ابن الجوزي في ((العلل))، هب، ((الضعيفة)) (3637)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Aku melihat pada malam di mana aku diisra’kan ada ditulis di pintu syurga: Sedekah itu adalah 10 ganda ganjarannya, berhutang pula adalah 18 kali ganda, lalu aku berkata kepada Jibril: Bagaimana berhutang itu dikira lebih baik dari sedekah? Jibril berkata: Kerana orang yang meminta, meminta dalam keadaan dia mempunyai sesuatu disisinya, manakala orang yang berhutang tidak berhutang kecuali dia mempunyai hajat.” [Riwayat Sunan Ibn Majah, al-Syahrazuri dalam al-Amali, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Ribie dalam Juz min Hadithih, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3637]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman