Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رأيتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بي مكتوبًا على بابِ الجنةِ: الصدقةُ بعَشْرِ أمثالِها، والقَرْضُ بثمانيةَ عَشَرَ، فقلتُ لجبريلَ: ما بالُ القَرْضِ أفضلُ من الصدقةِ ؟ قال: لِأَنَّ السائلَ يَسْأَلُ وعِنْدَه شيءٌ، والمُسْتَقْرِضُ لا يَسْتَقْرِضُ إلا من حاجةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Pada malam ketika aku diperjalankan (Israk Mikraj), aku melihat tulisan tertulis di pintu syurga: 'Memberi sedekah itu (ganjarannya) sepuluh kali ganda (digandakan 10 kali daripada jumlah yang disedekahkan), dan memberi pinjaman adalah lapan belas kali (digandakan lapan belas kali daripada jumlah yang diberi pinjam), maka aku berkata kepada Jibril: Apa yang membuatkan pinjaman lebih baik daripada memberi sedekah? Jibril berkata: Kerana pengemis meminta-minta walaupun dia masih mempunyai (sesuatu harta), tetapi orang yang meminta pinjaman berbuat demikian hanya kerana dia (benar-benar) memerlukan.'
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis no. 2541.
(ضعيف جدا) عن أنس مرفوعا: ((رأيت ليلة أسري بي مكتوباً على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة)). [هـ، أبو القاسم الشهرزوري في ((الأمالي))، محمد بن سليمان الربعي في ((جزء من حديثه))، عد، ابن الجوزي في ((العلل))، هب، أبو نعيم في ((جزء من الأمالي))، ((الضعيفة)) (3637)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada malam ketika aku diperjalankan (Israk Mikraj), aku melihat tulisan tertulis di pintu syurga: 'Memberi sedekah itu (ganjarannya) sepuluh kali ganda (digandakan 10 kali daripada jumlah yang disedekahkan), dan memberi pinjaman adalah lapan belas kali (digandakan lapan belas kali daripada jumlah yang diberi pinjam), maka aku berkata kepada Jibril: Apa yang membuatkan pinjaman lebih baik daripada memberi sedekah? Jibril berkata: Kerana pengemis meminta-minta walaupun dia masih mempunyai (sesuatu harta), tetapi orang yang meminta pinjaman berbuat demikian hanya kerana dia (benar-benar) memerlukan.' [Riwayat Sunan Ibn Mājah, Abu Qassim al-Shahrozouri dalam al-Amali, Muhammad bin Sulayman al-Ruba’ie dalam Juzu’ min Hadisihi, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibnu Jauzi dalam al-’Ilal, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Abu Nu’aim dalam Juzu’ min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3637]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman