Membeli barang yang belum dia lihat

TEKS BAHASA ARAB

من اشترى ما لم يره فهو بالخيار إذا رآه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membeli barang yang belum dia lihat, maka dia mempunyai pilihan apabila dia melihat barang tersebut.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis nombor 401. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

روي حديثا، ولم يثبت. قال: النووي اتفق الحفاظ على ضعفه، وقال الدارقطني والبيهقي: إنه من كلام ابن سيرين.

Diriwayatkan sebagai hadith namun ia tidak thabit. Al-Nawawi berkata: “Para huffaz sepakat akan da’if hadith tersebut”. Al-Daraqutni dan al-Baihaqi pula berkata: “Ia bersumber daripada ucapan Ibn Sirin”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs