Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Membeli barang yang belum dia lihat

Teks Bahasa Arab

مَنِ اشْتَرَى مَا لَمْ يَرَهُ فَهُوَ بِالْخِيَارِ إِذَا رَآهُ

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membeli barang yang belum dia lihat, maka dia mempunyai pilihan apabila dia melihat barang tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 87, hadis no. 401. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

روي حديثا، ولم يثبت. قال: النووي اتفق الحفاظ على ضعفه، وقال الدارقطني والبيهقي: إنه من كلام ابن سيرين.

Diriwayatkan sebagai hadith namun ia tidak thabit. Al-Nawawi berkata: "Para huffaz sepakat akan dha'if hadith tersebut". Al-Daraqutni dan al-Baihaqi pula berkata: "Ia bersumber daripada ucapan Ibn Sirin".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.