TEKS BAHASA ARAB
من أكل من هذا اللحم شيئاً؛ فليغسل يده من ريح وضره، لا يؤذي من حذاءه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang makan sedikit pun daripada daging ini, maka hendaklah dia membasuh tangannya daripada bau kotorannya supaya tidak mengganggu sesiapa yang berada berhampirannya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis nombor 6152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن ابن عمر رضي الله عنه مرفوعا: من أكل من هذا اللحم شيئا؛ فليغسل يده من ريح وضره، لا يؤذي من حذاءه.
[ع، ((الضعيفة)) (4561)]
(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Umar RA secara marfu’: Sesiapa yang makan sedikit pun daripada daging ini, maka hendaklah dia membasuh tangannya daripada bau kotorannya supaya tidak mengganggu sesiapa yang berada berhampirannya.
[Riwayat Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4561]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.