Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
غَسْلُ الْقَدَمَيْنِ بِالمَاءِ الْبَارِدِ بَعْدَ الخُرُوجِ مِنَ الحَمَّامِ أَمَانٌ مِنَ الصُّدَاعِ.
Teks Bahasa Melayu
Membasuh kedua kaki menggunakan air sejuk selepas keluar daripada tempat mandi wap dapat menyelamatkan daripada sakit kepala.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 57, hadis no. 314. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini adalah batil, Nabi SAW melarang daripada tempat mandian wap.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman