TEKS BAHASA ARAB
غسل القدمين بالماء البارد بعد الخروج من الحمام أمان من الصداع.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Membasuh kedua-dua kaki dengan air sejuk selepas keluar dari tandas menghindari sakit kepala.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis nombor 5901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع): ((غسل القدمين بالماء البارد بعد الخروج من الحمام أمان من الصداع)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (482)].
(Palsu) Membasuh kedua-dua kaki dengan air sejuk selepas keluar dari tandas menghindari sakit kepala. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 194].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.