Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Membasuh kedua-dua kaki dengan air sejuk selepas keluar dari tandas

Teks Bahasa Arab

غَسْلُ القَدَمَيْنِ بِالمَاءِ البارِدِ بعدَ الخُروجِ مِن الحَمَّامِ أمانٌ مِن الصُّدَاعِ.

Teks Bahasa Melayu

Membasuh kedua-dua kaki dengan air sejuk selepas keluar dari tandas menghindari sakit kepala.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis no. 5901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع): ((غسل القدمين بالماء البارد بعد الخروج من الحمام أمان من الصداع)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (482)].

(Palsu) Membasuh kedua-dua kaki dengan air sejuk selepas keluar dari tandas menghindari sakit kepala. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 194].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.