TEKS BAHASA ARAB
حديث: "غَسْلُ الإِنَاءِ وَطُهْرُ الْفِنَاءِ، يُوَرِّثَانِ الْغِنَى"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Membasuh bekas dan mensucikan halaman rumah mewarisi kekayaan”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 7, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، وقال لم أكتبه إلا من حديث أبي الحسن الزهري، وهو كذاب. وقال الذهبي في الميزان: وضعه علي بن محمد الزهري.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Khatib berkata aku tidak menulis hadith ini melainkan daripada Abi al-Hasan al-Zuhri sedangkan dia pendusta. Al-Zahabi berkata di dalam kitabnya al-Mizan : Hadith ini direka oleh Ali bin Muhammad al-Zuhri.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.