Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Membasuh bekas dan mensucikan halaman rumah

Teks Bahasa Arab

حديث: "غَسْلُ الإِنَاءِ وَطُهْرُ الْفِنَاءِ، يُوَرِّثَانِ الْغِنَى"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Membasuh bekas dan mensucikan halaman rumah mewarisi kekayaan”

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 7, hadis no. 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، وقال لم أكتبه إلا من حديث أبي الحسن الزهري، وهو كذاب. وقال الذهبي في الميزان: وضعه علي بن محمد الزهري.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Khatib berkata aku tidak menulis hadith ini melainkan daripada Abi al-Hasan al-Zuhri sedangkan dia pendusta. Al-Zahabi berkata di dalam kitabnya al-Mizan: Hadith ini direka oleh Ali bin Muhammad al-Zuhri.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.