Membasuh bekas dan membersihkan halaman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

غسل الإناء وطهارة الفناء يورثان الغنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Membasuh bekas dan membersihkan halaman boleh mewariskan kekayaan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 57, hadis nombor 315. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi berkata: Palsu, penulis (al-Suyuti) turut bersetuju dengan mereka berdua tentang penilaian tersebut, maka tidak ada sebab untuk menyebutkannya di sini. Saya turut menemui hadith tersebut dalam kitab al-Khisal oleh al-Qummi daripada Ja’far al-Sadiq A.S melalui kata-kata beliau, itulah yang hampir tepat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.