Membasuh bekas-bekas dan menyucikan halaman dapat memperolehi kekayaan

TEKS BAHASA ARAB

غسل الإناء وطهارة الفناء، يورثان الغنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Membasuh bekas-bekas dan menyucikan halaman dapat memperolehi kekayaan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1192, hadis nombor 6041. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: غسل الإناء وطهارة الفناء، يورثان الغنى.
[خط، السلفي في ((الطيوريات))، ((الضعيفة)) (513)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’: Membasuh bekas-bekas dan menyucikan halaman dapat memperolehi kekayaan.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dan al-Silafiy dalam al-Tuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 513]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.