Membantu orang miskin menghalang kematian dalam keadaan yang buruk

TEKS BAHASA ARAB

مناولة المسكين تقي ميتة السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Membantu orang miskin menghalang kematian dalam keadaan yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حارثة بن النعمان -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم- قال: ((مناولة المسكين تقي ميتة السوء.)) [تخ، ابن سعد، طب، حل، فر، هب، ((الضعيفة)) (4667)].

(Lemah)
Daripada Harithat bin al-Nu’man RA beliau berkata: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: ((Membantu orang miskin menghalang kematian dalam keadaan yang buruk.))
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Sa’ad, al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4667].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs