Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مناولة المسكين تقي ميتة السوء.
Teks Bahasa Melayu
Membantu orang miskin menghalang kematian dalam keadaan yang buruk.
Sahabat Perawi
- Harithah bin al-Nu'man
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis no. 8813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حارثة بن النعمان -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم- قال: ((مناولة المسكين تقي ميتة السوء.)) [تخ، ابن سعد، طب، حل، فر، هب، ((الضعيفة)) (4667)].
(Lemah) Daripada Harithat bin al-Nu'man RA beliau berkata: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: ((Membantu orang miskin menghalang kematian dalam keadaan yang buruk.)) [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Sa’ad, al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4667].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman