Membaca surah al-Qadr sebanyak sekali selepas berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في إثر وضوئه: (إنا أنزلناه في ليلة القدر) مرة واحدة كان من الصديقين، ومن قرأها مرتين كتب في ديوان الشهداء، ومن قرأها ثلاثا حشره الله محشر الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Qadr sebanyak sekali selepas berwuduk maka dia bersama para siddiqin dan sesiapa yang membacanya sebanyak dua kali maka dia ditulis dalam lembaran orang-orang syahid serta sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali, Allah himpunkan dia bersama kumpulan para Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1195, hadis nombor 6061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قرأ في إثر وضوئه (إنا أنزلناه في ليلة القدر) مرة واحدة كان من الصديقين ومن قرأها مرتين كتب في ديوان الشهداء ومن قرأها ثلاثا حشره الله محشر الأنبياء.
[فر، ((الضعيفة)) (1449)، (1527)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah al-Qadr sebanyak sekali selepas berwuduk maka dia bersama para siddiqin dan sesiapa yang membacanya sebanyak dua kali maka dia ditulis dalam lembaran orang-orang syahid serta sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali, Allah himpunkan dia bersama kumpulan para Nabi.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1449, 1527]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs