TEKS BAHASA ARAB
من قرأ {قل هو الله أحد} عشرين مرة بنى الله له قصرا في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 20 kali, Allah membina untuknya sebuah istana dalam syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420 – 1421, hadis nombor 7214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن خالد بن زيد رضي الله عنه رفعه: من قرأ {قل هو الله أحد} عشرين مرة بنى الله له قصرا في الجنة.
[ابن زنجويه في ((الترغيب))، ((الضعيفة)) (1351)]
(Munkar)
Daripada Khalid bin Zaid RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 20 kali, Allah membina untuknya sebuah istana dalam syurga.
[Riwayat Ibn Zanjawaih dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1351]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.