Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} عِشرينَ مَرَّةً بَنَى اللهُ له قَصْرًا في الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 20 kali, Allah membina untuknya sebuah istana dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Khalid bin Zaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1420 - 1421, hadis no. 7214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن خالد بن زيد رضي الله عنه رفعه: من قرأ {قل هو الله أحد} عشرين مرة بنى الله له قصرا في الجنة. [ابن زنجويه في ((الترغيب))، ((الضعيفة)) (1351)]
(Munkar) Daripada Khalid bin Zaid RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 20 kali, Allah membina untuknya sebuah istana dalam syurga. [Riwayat Ibn Zanjawaih dalam al-Targhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1351]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman