Membaca dalam solat subuh, Alam Nashrah dan Alam Tara Kayfa

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في الفجر ألم نشرح، وألم تر كيف: لم يرمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapa yang membaca dalam solat subuh Alam Nashrah (surah al-Sharh) dan Alam Tara Kayfa (surah al-Fiil), dia tidak akan binasa.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 190, hadis nombor 355. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له.

Al-Sakhawi berkata: Tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs