Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ ظَاهِرًا أوَ نَظَرًا، أُعْطِيَ شَجَرَةً فِي الْجَنَّةِ، لَوْ أَنَّ غُرَابًا أَفْرَخَ تَحْتَ وَرَقَةً مِنْهَا، ثُمَّ أَدْرَكَ ذَلِكَ الْفَرْخُ الْهِرَمَ فَنَهَضَ، لأَدْرَكَهُ الْهِرَمُ قَبْلَ أَنْ يَقْطَعَ تِلْكَ الْوَرَقَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca al-Quran secara menghafal (hafazan) atau dengan cara melihat, maka dia akan diberikan pokok dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur di bawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia melewati daun tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Zubayr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis no. 3676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة. [ك، عق، طب، عد، هب، الشيروي في ((العوالي))، ((الضعيفة)) (6542)]
(Munkar) Daripada 'Abdullah bin al-Zubayr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca al-Quran secara menghafal (hafazan) atau dengan cara melihat, maka dia akan diberikan pokok dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur di bawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia melewati daun tersebut. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-‘Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Syairawi dalam al-Awali. Lihat Silsilah al-Dhaifah (6542)
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman