Membaca al-Qur'an dan mendalami ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu kediaman pemerintah

TEKS BAHASA ARAB

إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang itu membaca al-Qur’an dan mendalami ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu kediaman pemerintah kerana sangat menginginkannya dan berkemahuan kuat untuk mendapatkan habuan yang ada pada tangan pemerintah, maka dia telah terjerumus dengan kadar langkahnya itu ke dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1244, hadis nombor 6349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم.
[فر، ((الضعيفة)) (2191)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang itu membaca al-Qur’an dan mendalami ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu kediaman pemerintah kerana sangat menginginkannya dan berkemahuan kuat untuk mendapatkan habuan yang ada pada tangan pemerintah, maka dia telah terjerumus dengan kadar langkahnya itu ke dalam neraka.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2191]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.