Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قرأ الرجلُ القرآنَ، وتَفَقَّهَ في الدِّينِ، ثم أتى بابَ السُّلْطانِ تَمَلُّقًا إليه، وطَمَعًا لما في يدِه، خاض بقَدْرِ خُطَاهُ في نارِ جهنمَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang itu membaca al-Qur'an dan mendalami ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu kediaman pemerintah kerana sangat menginginkannya dan berkemahuan kuat untuk mendapatkan habuan yang ada pada tangan pemerintah, maka dia telah terjerumus dengan kadar langkahnya itu ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1244, hadis no. 6349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: إذا قرأ الرجل القرآن، وتفقه في الدين، ثم أتى باب السلطان تملقا إليه، وطمعا لما في يده؛ خاض بقدر خطاه في نار جهنم. [فر، ((الضعيفة)) (2191)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang itu membaca al-Qur'an dan mendalami ilmu agama, kemudian dia mendatangi pintu kediaman pemerintah kerana sangat menginginkannya dan berkemahuan kuat untuk mendapatkan habuan yang ada pada tangan pemerintah, maka dia telah terjerumus dengan kadar langkahnya itu ke dalam neraka. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2191]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman