Memandang wajah yang tampan adalah ibadah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: النظر إلى الوجه الجميل عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Memandang wajah yang tampan adalah ibadah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 210, hadis nombor 662. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن القيم: سئل عن شيخنا – يعني ابن تيمية – فقال: كذب باطل.

Ibn Qayyim berkata: Ditanyakan kepada guru kami iaitu Ibn Taimiyyah, beliau berkata: Dusta dan batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.