Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: النّظر إِلَى الْوَجْه الْجَمِيل عبَادَة.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Memandang wajah yang tampan adalah ibadah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 210, hadis no. 662. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن القيم: سئل عن شيخنا - يعني ابن تيمية - فقال: كذب باطل.
Ibn Qayyim berkata: Ditanyakan kepada guru kami iaitu Ibn Taimiyyah, beliau berkata: Dusta dan batil.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman