Memanaskan air di bawah terik matahari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "أَسْخَنْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مَاءً فِي الشَّمْسِ فَقَالَ: لا تَفْعَلِي يَا حُمَيْرَاءُ، فَإِنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Aku memanaskan air untuk Nabi SAW di bawah terik matahari, Baginda bersabda : "janganlah melakukannya wahai Humaira’ kerana ia boleh mewarisi penyakit sopak”


STATUS

Tidak sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو نعيم في الطب عن عائشة مرفوعا، وقال في إسناده: خالد بن إسمعيل لا يحتج به، وقال الداراقطني: متروك، ورواه الدارقطني من طريق أخرى فيها الهيثم بن عدي، كذاب. وأخرجه ابن حبان من طريق فيها وهب بن وهب، وهو كذاب. وله طرق لا تخلو من كذاب أو مجهول.

Abu Nua’im meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tib daripada ‘Aisyah secara marfu’(yang disandarkan kepada nabi). Abu Nua’im berkata : di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi bernama Khalid bin Ismail yang tidak dijadikan hujah. Al-Daraqutni berkata: matruk (terlalu dhaif kerana dituduh berdusta), al-Daraqutni juga meriwayatkan daripada jalan lain yang padanya seorang perawi bernama al-Haitham bin ‘Adi seorang pendusta. Ibn Hibban meriwayatkan dari jalan lain yang padanya terdapat seorang perawi bernama Wahb bin Wahb juga seorang pendusta. Hadith ini mempunyai riwayat lain yang tidak terlepas daripada perawi pendusta dan majhul (tidak dikenali)


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs