Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "أَسْخَنْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مَاءً فِي الشَّمْسِ فَقَالَ: لا تَفْعَلِي يَا حُمَيْرَاءُ، فَإِنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ"
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Aku memanaskan air untuk Nabi SAW di bawah terik matahari, Baginda bersabda: "janganlah melakukannya wahai Humaira’ kerana ia boleh mewarisi penyakit sopak”
Sahabat Perawi
- Aisyah bintu Abi Bakr
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis no. 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه أبو نعيم في الطب عن عائشة مرفوعا، وقال في إسناده: خالد بن إسمعيل لا يحتج به، وقال الداراقطني: متروك، ورواه الدارقطني من طريق أخرى فيها الهيثم بن عدي، كذاب. وأخرجه ابن حبان من طريق فيها وهب بن وهب، وهو كذاب. وله طرق لا تخلو من كذاب أو مجهول.
Abu Nua’im meriwayatkan di dalam kitabnya al-Tib daripada ‘Aisyah secara marfu’(yang disandarkan kepada nabi). Abu Nua’im berkata: di dalam sanad hadith ini terdapat seorang perawi bernama Khalid bin Ismail yang tidak dijadikan hujah. Al-Daraqutni berkata: matruk (terlalu daif kerana dituduh berdusta), al-Daraqutni juga meriwayatkan daripada jalan lain yang padanya seorang perawi bernama al-Haitham bin ‘Adi seorang pendusta. Ibn Hibban meriwayatkan dari jalan lain yang padanya terdapat seorang perawi bernama Wahb bin Wahb juga seorang pendusta. Hadith ini mempunyai riwayat lain yang tidak terlepas daripada perawi pendusta dan majhul (tidak dikenali)
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman