TEKS BAHASA ARAB
ليس الرمي بلعب، الرمي خيرما لهوتم به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Memanah itu bukan satu permainan, memanah itu adalah sebaik-baik aktiviti untuk kamu bersenang-senang dengannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis nombor 8198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر- رضي الله عنهما- أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – افتقد رجلاً، فقال: ((أين فلان؟ ))، فقال قائل: ذهب يلعب، فقال: ((ما لنا وللعب))، فقال رجل: يا رسول الله! ذهب يرمي، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليس الرمي بلعب، الرمي خيرما لهوتم به)). [فر، ((الضعيفة)) (3662)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW mencari seorang lelaki, lalu baginda bertanya: "Di manakah si fulan?" Lalu seseorang menjawab: "Dia telah pergi bermain." Lalu baginda bersabda: "Kita tidak bermain," lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Dia pergi memanah", dan Rasulullah pun menjawab: "Memanah itu bukan satu permainan, memanah itu adalah sebaik-baik aktiviti untuk kamu bersenang-senang dengannya."
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3662].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.