Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس الرمي بلعب، الرميُ خيرُما لَهَوتُمْ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Memanah itu bukan satu permainan, memanah itu adalah sebaik-baik aktiviti untuk kamu bersenang-senang dengannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1623, hadis no. 8198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر- رضي الله عنهما- أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - افتقد رجلاً، فقال: ((أين فلان؟ ))، فقال قائل: ذهب يلعب، فقال: ((ما لنا وللعب))، فقال رجل: يا رسول الله! ذهب يرمي، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((ليس الرمي بلعب، الرمي خيرما لهوتم به)). [فر، ((الضعيفة)) (3662)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW mencari seorang lelaki, lalu baginda bertanya: "Di manakah si fulan?" Lalu seseorang menjawab: "Dia telah pergi bermain." Lalu baginda bersabda: "Kita tidak bermain," lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Dia pergi memanah", dan Rasulullah pun menjawab: "Memanah itu bukan satu permainan, memanah itu adalah sebaik-baik aktiviti untuk kamu bersenang-senang dengannya." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3662].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman