Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Memanah adalah sebaik-baik perkara yang menyibukkan kalian

Teks Bahasa Arab

الرمي خير ما لهوتم به.

Teks Bahasa Melayu

Memanah adalah sebaik-baik perkara yang menyibukkan kalian.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993-994, hadis no. 5118. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله ﷺ افتقد رجلاً فقال: أين فلان؟ فقال قائل: ذهب يلعب فقال: ما لنا وللعب فقال رجل: يا رسول الله ذهب يرمي فقال رسول الله ﷺ: ليس الرمي بلعب الرمي خير ما لهوتم به.

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW mencari seorang lelaki lalu Baginda bertanya: Di manakah si polan? Seseorang berkata: Dia telah pergi bermain. Kemudian Baginda bersabda: Apa keperluan kita kepada permainan? Lalu seorang lelaki berkata: Dia pergi memanah wahai Rasulullah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah memanah itu suatu permainan. Memanah adalah sebaik-baik perkara yang menyibukkan kalian. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no 3662].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.