Memakan tanah lumpur adalah haram bagi setiap muslim

TEKS BAHASA ARAB

أكل الطين حرام على كل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memakan tanah lumpur adalah haram bagi setiap muslim.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 399, hadis nombor 2134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: «أكل الطين حرام على كل مسلم». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، فر، «الضعيفة» (2897)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Memakan tanah lumpur adalah haram bagi setiap muslim". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar al-Asbahan dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2897].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs