TEKS BAHASA ARAB
حديث: أكل الطين حرام على كل مسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Memakan tanah adalah haram bagi setiap orang muslim.
STATUS
Tidak sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 46, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال البيهقي: روي في تحريمه أحاديث لا يصح منها شيء، وأقروه.
al-Baihaqi berkata : Hadith-hadith yang meriwayatkan berkenaan pengharamannya adalah tidak sahih sedikitpun, dan ahli hadith memperakuinnya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.