TEKS BAHASA ARAB
حديث: أكل السمك يذهب الجسد وروي: يذيب الجسد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Memakan ikan memudaratkan badan. Diriwayatkan juga: merosakkan badan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 175, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الحاكم عن أبي أمامة مرفوعا وفي إسناده: مجروحون وفيهم من يروي الموضوعات [عن الثقات].
Al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Umamah secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan pada sanadnya terdapat perawi–perawi yang dikritik, dan dalam kalangan mereka perawi yang meriwayatkan hadith palsu [dari perawi thiqah].
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.