Memakai selipar untuk mempelajari ilmu, diberikan keampunan kepadanya sebelum dia melangkah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من انتعل يتعلم علما، غفر له قبل أن يخطو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai selipar untuk mempelajari ilmu, diberikan keampunan kepadanya sebelum dia melangkah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1259, hadis nombor 6429. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: من انتعل يتعلم علما، غفر له قبل أن يخطوَ.
[ابن شاهين، أبو الفضل السهلكي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (2677)].

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memakai selipar untuk mempelajari ilmu, diberikan keampunan kepadanya sebelum dia melangkah.
[Riwayat Ibn Shahin, Abu al-Fadl al-Sahlaki dalam Hadithihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2677]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.