Memakai baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri agar orang ramai mengenalinya

TEKS BAHASA ARAB

من لبس الصوف ليعرفه الناس؛ كان حقاً على الله عز وجل أن يكسوه ثوباً من جرب حتى تتساقط عروقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai pakaian (baju) yang diperbuat daripada bulu biri-biri agar orang ramai mengenalinya, maka patutlah Allah SWT pakaikannya baju yang diperbuat daripada kudis sehingga luruh bersirat bebenang urat-uratnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1395, hadis nombor 7080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : من لبس الصوف ليعرفه الناس؛ كان حقاً على الله عز وجل أن يكسوه ثوبا من جرب حتى تتساقط عروقه.
[ابن الجوزي في ((تلبيس إبليس))، ((الضعيفة)) (6921)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian (baju) yang diperbuat daripada bulu biri-biri agar orang ramai mengenalinya, maka patutlah Allah SWT pakaikannya baju yang diperbuat daripada kudis sehingga luruh bersirat bebenang urat-uratnya.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Talbis Iblis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6921]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs