Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Memakai pakaian seragam yang bukan pakaian seragamnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ تَزَيَّا بِغَيْرِ زِيِّهِ فَقُتِلَ فَدَمُهُ هَدَرٌ.

Teks Bahasa Melayu

Siapa yang memakai pakaian seragam yang bukan pakaian seragamnya lalu dia terbunuh maka darahnya tiada nilai.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 181, hadis no. 327. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس له أصل يعتمد. وحكايات الجن المروية في ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم لم يثبت منها شيء.

Tiada baginya asal untuk disandarkan dan hikayat jin yang diriwayatkan tentang perkara tersebut daripada Nabi SAW, adalah tidak sabit satu pun daripadanya.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.