Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya

TEKS BAHASA ARAB

بحسب امرئ إذا رأى منكرا لا يستطيع له غيرا أن يعلم الله من قلبه أنه له كاره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya, bahawa Allah mengetahui dalam hatinya bahawa dia benci terhadapnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis nombor 9926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الربيع بن عميلة، قال: سمعت من ابن مسعود كلمة ما سمعت بعد آية من كتاب الله أو حديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم أعجب إلي منها، سمعته يقول: ((بحسب امرئ إذا رأى منكرا لا يستطيع له غيرا أن يعلم الله من قلبه أنه له كاره)).
[الطائي في ((حديثه))، ابن عساكر في ((كتاب الدعاء لابن غزوان الضبي))، ((الضعيفة)) (1669)]

(Lemah) Daripada al-Rabī‘ bin ‘Amīlah, beliau berkata: Aku terdengar daripada Ibn Mas‘ūd satu kalimah yang aku belum pernah dengar selepas satu ayat daripada Kitabullah atau satu hadis daripada Rasulullah SAW yang lebih menakjubkan pada diriku berbandingnya. Aku mendengar baginda bersabda: Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya, bahawa Allah mengetahui dalam hatinya bahawa dia benci terhadapnya.
[Riwayat Ḥarb bin Muḥammad al-Ṭāī dalam Hadisnya, Ibn ‘Asākir dalam Kitab al-Du‘ā’ oleh Ibn Ghazwān al-Ḍabbī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1669]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs