Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya

Teks Bahasa Arab

بحَسبِ امرئٍ إذا رأى منكرًا لا يستَطيعُ لهُ غَيرًا أن يعلمَ اللهُ من قلبِه أنَّه لهُ كارهٌ.

Teks Bahasa Melayu

Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya, bahawa Allah mengetahui dalam hatinya bahawa dia benci terhadapnya.

Sahabat Perawi

  1. Al-Rabi' bin 'Amilah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis no. 9926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الربيع بن عميلة، قال: سمعت من ابن مسعود كلمة ما سمعت بعد آية من كتاب الله أو حديث من رسول الله صلى الله عليه وسلم أعجب إلي منها، سمعته يقول: ((بحسب امرئ إذا رأى منكرا لا يستطيع له غيرا أن يعلم الله من قلبه أنه له كاره)). [الطائي في ((حديثه))، ابن عساكر في ((كتاب الدعاء لابن غزوان الضبي))، ((الضعيفة)) (1669)]

(Lemah) Daripada al-Rabī‘ bin ‘Amīlah, beliau berkata: Aku terdengar daripada Ibn Mas‘ūd satu kalimah yang aku belum pernah dengar selepas satu ayat daripada Kitabullah atau satu hadis daripada Rasulullah SAW yang lebih menakjubkan pada diriku berbandingnya. Aku mendengar baginda bersabda: Memadailah untuk seseorang itu, apabila dia melihat satu kemungkaran yang tidak mampu untuk dia mengubahnya, bahawa Allah mengetahui dalam hatinya bahawa dia benci terhadapnya. [Riwayat Ḥarb bin Muḥammad al-Ṭāī dalam Hadisnya, Ibn ‘Asākir dalam Kitab al-Du‘ā’ oleh Ibn Ghazwān al-Ḍabbī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1669]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.