Memadailah seseorang pada kejahatan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بحسب امرئ من الشر أن يشار إليه في دينه ودنياه، إلا من عصمه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memadailah seseorang pada kejahatan, apabila ditunjuk kepadanya dari sudut agamanya dan dunianya (dipuji-puji), melainkan sesiapa yang dilindungi oleh Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1983, hadis nombor 9927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((بحسب امرئ من الشر أن يشار إليه في دينه ودنياه، إلا من عصمه الله)).
[عد، هق، طس، ((الضعيفة)) (1670)]

(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Memadailah seseorang pada kejahatan, apabila ditunjuk kepadanya dari sudut agamanya dan dunianya (dipuji-puji), melainkan sesiapa yang dilindungi oleh Allah.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1670]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.