Memadai ke atas sutrah (penghalang dihadapan tempat sujud) itu sesuatu yang seumpama bahagian belakang pelana, sekalipun dengan halus sehelai rambut

TEKS BAHASA ARAB

يجزي من السترة مثل مؤخرة الرحل ولو بدق شعرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Memadai ke atas sutrah (penghalang dihadapan tempat sujud) itu sesuatu yang seumpama bahagian belakang pelana, sekalipun dengan halus sehelai rambut.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 253, hadis nombor 1313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((يجزي من السترة مثل مؤخرة الرحل ولو بدق شعرة)). [ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (1526)]

(Batil)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: Memadai ke atas sutrah (penghalang dihadapan tempat sujud) itu sesuatu yang seumpama bahagian belakang pelana, sekalipun dengan halus sehelai rambut.
[Riwayat Ibn Khuzaymah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1526]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs